Tuesday, November 17, 2009

USRAH @ KUARTERS



Rutin setiap Selasa malam Rabu kami mengadakan usrah pemuda di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyyah DPPK. Pertemuan mingguan yang menyatukan hati-hati pemuda yang menafkahkan diri mereka untuk perjuangan. Sekalung penghargaan buat semua sahabat-sahabat yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan istiqamah dalam menunaikan intipati baiah yang dilafazkan. Mudah-mudahan kebersamaan yang kita bina atas dasar AQIDAH dan UKHUWWAH ini akan berkekalan selagi kita bernafas dan ianya akan menjadi saksi dan hujjah kita di hadapan Rabbul Jalil setelah kita dibangkitkan semula nanti bahawa kita pernah berjanji untuk sama-sama berjuang menegakkan KALIMAH ALLAH di muka bumi ini. AMIN.....

Minggu ini agak berlainan, usrah kami keluar dari kebiasaan. Sememangnya usrah lebih menyeronokkan jika kita mampu mengadakannya dalam bentuk yang pelbagai selagi ia tidak bercanggah dari tujuan utamanya iaitu PEMBINAAN FIKRAH dan MERAPATKAN UKHUWWAH. Meskipun lokasinya bukan asing bagi kami namun pelaksanaannya sedikit berbeza. Agak lama kami tidak menziarahi sahabat-sahabat di Kuarters Intitusi Pendidikan Benta. Saya sendiri seingat-ingatnya ini kali yang ke-3. Jemputan kuliah sempena memperingati Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim. Asalnya jemputan "pilihan pertama" ialah Al-Fadhil Ust Junaidi dari Bentong namun beliau berhalangan dan saya dijemput sebagai "pilihan kedua". Dalam kepala memikirkan nampaknya terlepas lagi usrah kali ni. Saya sendiri bukanlah seorang yang cemerlang dari sudut kehadiran usrah memandangkan prinsip yang kami pegang bahawa usrah tetap diadakan walaupun ahli berhalangan. Bilangan ahli bukan alasan untuk usrah ditunda dan kerana itulah kami sendiri yang terpaksa meng "adjust" program-program lain agar tidak bertembung dengan jadual usrah. Nampaknya kaedah itu berkesan dalam mendidik komitmen setiap ahli terhadap usrah. Cuma kadang-kadang siri-siri kursus yang berlanjutan menghalang saya untuk hadir bersama sahabat-sahabat. Saya yakin sahabat-sahabat memahami situasi saya. Namun kali ini Alhamdulillah sahabat-sahabat sudi untuk bersama-sama hadir ke kuliah "tidak terancang" saya dan terima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat semua yang secara tidak langsung mengurangkan rekod "ketidakhadiran" saya ke usrah..:) Tahniah juga kerana kita beroleh "ahli usrah' baru yang agak ramai ( dalam 20-30 kot ) malam tadi. Doakan mereka bakal bersama-sama kita. Pertemuan semalam tetap "USRAH" bagi kita walaupun ianya "KULIAH" bagi mereka.


Intipati ( slide powerpoint ) usrah malam tadi saya dah "upload"kan ke :
http://www.slideshare.net/HJWANZ/pengorbanan-nabi-ibrahim. Mudah-mudahan ia boleh dikongsi bersama. INSYA ALLAH...

No comments:

Post a Comment