Wednesday, May 12, 2010


USRAH BERSAMA "SYEIKH DR.MUNIR MUHAMMAD GHADBAN



Usrah DPPKL melepasi satu lagi tahap. Kali ini bersama "Syeikh Dr Munir Muhammad Ghadban" membincangkan bukunya "MANHAJ HARAKI DALAM SIRAH NABI S.A.W.". Ini kali kedua kami membincangkan penulisannya dalam usrah dan kali pertama ana berpeluang hadir sama. Minggu lepas ana ke Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan ( PLGDP ) Seri Tualang, Temerloh mengiringi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP menghadiri Kursus Kepimpinan selama 3 hari 2 malam. Banyak input dan perkongsian pengalaman sahabat-sahabat sepanjang pertemuan rutin usrah mingguan kali ini. Analisis yang lebih mendalam terhadap strategi dakwah Rasulullah S.A.W di peringkat awal dakwah sirriyyah atau dakwah secara rahsia. Mencungkil kebijaksanaan Rasulullah S.A.W. yang dipandu wahyu Ilahi dalam mengenalpasti potensi yang ada pada setiap individu dan sahabat yang sama-sama merintis denai dakwah, menonggah gelora dan badai Jahiliyyah dalam mengenal agama Allah dan merapatkan ukhuwwah.
KHADIJAH sebagai isteri antara yang terawal menyahut seruan dakwah Nabi.Jiwa diserahkan dan harta diinfaqkan. Khadijah contoh isteri pendorong semangat juang suami. Tutur katanya sentiasa disulami dengan ayat-ayat motivasi dan semangat. Dalam keadaan Nabi terkejut minta diselimuti setelah disapa Jibril utusan Allah pembawa wahyu, Khadijahlah yang menenangkan baginda. Sungguh Nabi telah menyediakan suri rumahnya yang terbaik dan ibu mithali buat anak-anaknya... dan sungguh Nabi telah memastikan seisi rumahnya lebih dahulu menyokong dan mendokong usaha dakwahnya...

No comments:

Post a Comment