Wednesday, June 17, 2009

DARI ALLAH KITA DATANG... KEPADANYA KITA PASTI KEMBALI...


Jam 09.58.02 malam, sedang ana khusyuk menanda skrip jawapan exam PISMP Sem 3, handphone berbunyi menandakan ada sms baru masuk. Pantas tangan mencapai dan melihat. Terpaku sebentar... Ye ke msg ni?..ke Bro Zalhe ni silap msg?! : HJ. ABU SU PAS LIPIS KEMBALI KE RAHMATULLAH LEPAS MAGHRIB!!!. Dalam ragu-ragu kesahihan berita ini pantas tangan mendail no sahabat yang pastinya dapat mensahihkan berita2 mcm ni. Sape lagi kalu bukan Bro Kie laa..( baca متطهّرين ). Sah! di waktu itu beliau di hospital dan memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dibawa balik ke Relong. Arwah sakit dada sblm meninggal katanya... Aku termenung... skrip jawapan yang ke berapa entah aku tinggalkan jap... Ingatan melayang sejenak... Baru Sabtu yang lepas Ngah Abu bersama-sama kami hadir meeting AJK PAS Kawasan di Bandar Baru Lipis. Beliau nampak sihat. Rasanya dari segi zahir Ngah Abu nampak lebih sihat dari Mantan YDP Pak Jang Ramli yang kelihatan uzur benar namun tinggi semangat juangnya.
Benarlah bahawa ajal maut itu adalah rahsia ALLAH. Tiada manusia dapat menghidu jejak malaikat maut datang menjengah. Jika telah tersurat ajalnya tidak akan lambat walau sesaat dan tidak akan dicepatkan walau sesaat. Firman Allah Taala :

"Seseorang itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan pada esok harinya dan seseorang pun tidak akan mengetahui pula di bumi mana ia akan mati." (Luqman: 34)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

"Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya." (an-Nahl: 61)


Namun bila dan di mana saatnya itulah RAHSIA yang ALLAH simpan sebagai ujian buat umat manusia. Surah al-Mulk ayat 2 ( sepatutnya semua kita - yang menulis ni terutamanya - perlu melazimkan membacanya sebelum tidur sebagai peringatan ) jelas menyebut :
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)".

Perginya beliau satu kehilangan besar buat kita semua khususnya PAS Kawasan Lipis. Meskipun pemergiannya barangkali tidak dirasai oleh seluruh gerakan Islam sedunia sebagaimana kembalinya ke rahmatullah Almarhum Syeikh Fathi Yakan, namun ana yakin seluruh angkatan mujahid ahli PAS yang rapat dan mengenali beliau pasti akan merasai kehilangannya. Mudah-mudahan segala amal, pengorbanan dan usaha beliau untuk jamaah akan mengiringinya ke alam barzakh. Setulus doa agar rohnya dihimpun bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin...Amin. Takziah buat seluruh ahli keluarga beliau. Pastinya mereka akan terus mewarisi perjuangan ini. Dan kita semua yang masih diberi pinjaman umur ini WAJIB teruskan perjuangan. Kesudahan kita belum tentu. Pasakkan niat dan tanamkan azam untuk TERUS HIDUP MEMBELA AGAMA ALLAH sehingga MATI SYAHID DALAM IMAN & ISLAM . "YA ALLAH HIDUPKANLAH KAMI DALAM IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN"...TAKBIRRR!!!.

P/S : Benarlah KEMATIAN ITU SATU PERINGATAN buat diri ini...

No comments:

Post a Comment