Thursday, November 12, 2009

BINGKISAN JUMAAT DI PONDOK USANG


Agak lama ( memang betul-betul lama ) saya tidak "menziarahi" blog sendiri. Lebih seronok & lebih mudah melayari dan meneliti blog-blog figure & sahabat-sahabat da'ie lain yang lebih advance dan berinformasi. Sememangnya perkara yang kita tak biasa buat boleh menyebabkan kita tiada masa @ tidak cuba mencari masa untuk buat. Dalam erti kata lain MALAS lerr...:) . Maaf jika ada kedapatan sahabat-sahabat yang pernah sesekali menziarahi "pondok buruk sepi" di alam maya ini dan mendapati "2 batu nisan" yang sama setiap kali. Maaf jika saya mengecewakan kalian. Hari ini entah macam mana terbuka hati nak update blog. Teringat pesanan Ust Tantawi lebih kurang bunyinya : "Buat blog kemudian tidak di"update" seumpama membuat rumah kemudian dibiarkan "USANG" tanpa berpenghuni dan diimarahkan!!". Terasa jugak kena atas kepala ni. Saya akui kesibukan tugas agak membataskan masa & kehendak saya untuk memberikan posting-posting terbaru. La ni agak selesa sikit. Kursus-kursus dah mula reda, student pun dah mula exam. Siri-siri audit ISO dalaman dan SIRIM QAS baru berakhir semalam ( untuk tahun ini ) dan menanti tugas-tugas susulan untuk penambahbaikan. Tugasan masih banyak namun yang berstatus "penting & segera" Alhamdulillah agak berkurangan. Tinggal lagi yang berstatus " penting tapi tidak segera" @ "tidak penting & tidak segera". Kadang-kadang kita berdepan jugak dengan kerenah "makhluk2" yang menimbulkan perkara-perkara yang "tidak penting" tapi kerana ia melibatkan kita dan reputasi kita maka kita terpaksa untuk menyegerakan perkara tersebut maka jadilah ia berstatus "tidak penting tetapi segera". Contoh mudahnya begini :

1 - SOLAT FARDHU = PENTING & SEGERA ( AFDHAL )
2 - MENUNAIKAN HAJI KE MAKKAH = PENTING ( SBB RUKUN ISLAM ) TAPI TIDAK DISYARATKAN SEGERA KECUALI MEREKA YANG DAH BERKEMAMPUAN )
3 - MENULIS & UPDATE BLOG = TIDAK PENTING & TIDAK SEGERA ( bagi orang mcm aku & sewaktu dengan aku ajer kot...hee...hee..:), namun ia boleh berubah mengikut MASA, TEMPAT & KEADAAN )
4 - MENJAWAB TUDUHAN @ FITNAH YANG TIDAK BERASAS KEPADA KITA DAN ORGANISASI KITA = TIDAK PENTING TETAPI PERLU DISEGERAKAN KERANA IA BOLEH MENJEJASKAN REPUTASI DAN PERSEPSI ORANG LAIN TERHADAP KITA
( Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berpendapat bahawa PERSEPSI perlu dianggap dan ditangani sebagai INFORMASI pd abad ini ).

Sememangnya jika kita membiarkan persepsi buruk orang kepada kita berlanjutan tanpa ada usaha untuk mengubah persepsi tersebut atau sekurang-kurangnya mengalih isu tersebut dari tumpuan orang ramai dibimbangi ia boleh menjadi informasi ( maklumat ) bagi mereka yang tidak mengetahui perkara sebenar. Informasi yang salah boleh mewujudkan tindakan dan keputusan yang salah. Keputusan yang salah boleh memenangkan yang bathil dan mengalahkan yang hak. Kemenangan yang bathil boleh membantutkan usaha dakwah dan islah. Terbantutnya usaha dakwah dan islah maka akan berleluasalah kemungkaran dan kerosakan. Bila berleluasanya kemungkaran maka tunggulah sahajalah saat KEHANCURAN!! ( trailer filem terbaru Hollywood "2012" sekadar gambaran & pastinya ada propaganda YAHUDI... )
Benar pendapat yang menyatakan bahawa persepsi orang kepada kita mungkin bukanlah sesuatu yang penting sangat kerana kita seharusnya lebih mengutamakan persepsi (pandangan) ALLAH lebih daripada PERSEPSI (pandangan) manusia kerana seringkali pandangan ALLAH berbeza dengan pandangan manusia. Manusia seringkali menilai dari segi zahirnya sahaja namun penilaian ALLAH jauh melangkaui kemampuan & kecanggihan teknologi penilaian manusia iaitu penilaian NIAT dan HATI. Kerana kelemahan manusia untuk menilai punca sebenar sesuatu perkara itulah ALLAH menurunkan hukum-hakam kepada kita dan kita diminta menghukum dari sudut zahir sahaja dan menyerahkan urusan rahsia niat dan hati seseorang kepada yang MAHA KUASA. Berapa ramai manusia yang bersalah pada PERSEPSI ALLAH namun terlepas hukuman di dunia kerana sebab-sebab teknikal dan tidak sedikit mereka yang tidak bersalah pada PERSEPSI ALLAH yang teraniaya terhukum di dunia atas sebab-sebab teknikal buatan manusia. Mahkamah di dunia sekadar menghukum atas pertimbangan bukti yang zahirnya nampak dan dibuktikan. Namun mahkamah ALLAH pastinya akan membongkar segala yang tersirat dalam lubuk hati manusia dan dihukum mengikut niat yang disembunyikan ketika di dunia dan perbuatannya yang zahir.

Saya teringat tazkirah Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang kisah fitnah terhadap Ummul Mukminin Aisyah r.a. bagaimana telah timbul kemusykilan apa-bila orang yang sebenar-benarnya bertanggungjawab mencetuskan tuduhan palsu dalam tragedi Khabar al-Ifqi, iaitu Abdullah bin Ubai ketua kaum munafiq terlepas dari diberkas dan hukuman yang selayaknya, sebagai-mana hukuman yang dikenakan kepada tiga orang yang terbabit menyebarkan tuduhan zina terhadap Siti Aisyah itu. Kenapa Abdullah bin Ubai terlepas dari huku-man, sedangkan dialah orangnya yang menabur-kan benih fitnah itu kepada Umahatul Mukminin Siti Aisyah? Sebagai seorang tokoh pemimpin Madinah, Abdullah bin Ubai memang seorang yang cerdik. Dia tidak bercakap mengenai tuduhan keji terhadap Siti Aisyah secara terbuka di khalayak umum, sebaliknya dia menyebar-kan fitnah itu secara bisik-bisik dari telinga ke telinga. Tetapi malangnya orang-orang mukmin yang imannya longgar telah bertindak lebih celupar dari ketua kaum munafiq. Padahal mereka tahu bahawa orang yang menjadi mangsa tuduhan keji itu ialah isteri Nabi s.a.w. sendiri, mengapa mereka begitu berani bercakap secara terang-terangan sedangkan mereka tidak ada bukti dan saksi, bagi mempertahankan tuduhan itu. Ini menunjukkan betapa bijaknya Abdullah bin Ubai melontarkan batu fitnah dan menyembunyikan tangannya dari dikesan. Dia berjaya mengumpan orang-orang Islam yang longgar keimanannya, turut menyebarluaskan lagi fitnah keji itu. Memang Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang zahir, sehingga dapat dibuktikan oleh pihak mahkamah segala pertuduhan itu. Oleh kerana Abdullah bin Ubai melakukan secara senyap melontarkan fitnah keji, kemudian berjaya menyembunyikan kesan lontaran sehingga tidak terdedah dikhalayak ramai. Perbuatannya itu tidak dapat dibuktikan, maka dia terlepas dari hukuman. Sedangkan kalangan orang yang lemah iman yang tidak cerdik itu secara lurus bendul bercakap mengikut sedap mulut di merata tempat. Mereka bercakap tentang Siti Aisyah yang didakwa berlaku curang dengan Safwan. Tuduhan itu sangat terbuka, mereka bercakap di pasar-pasar, di majlis perhimpunan dan di mana-mana pertemuan orang ramai. Mereka yang mulut celupar tanpa disedari telah menjadi alat kepada puak munafiqin yang menyerang Nabi s.a.w. bagi membalas dendam kerana kecewa untuk menjadi pemimpin di Madinah. Akhirnya mereka diberkas oleh Nabi dan dijatuhi hukuman. Tetapi Abdullah bin Ubai yang mereka-rekacerita dusta, membisikkan tuduhan palsu secara senyap-senyap. Atas kecerdikannya merancang strategi fitnah dan berjaya melindungi segala bukti itu, dia telah terlepas dari sebarang tindakan dan hukuman dari Nabi s.a.w. Orang ramai tahu bahawa tiga orang dari kalangan kaum muslimin yang dihukum dera dengan lapan puluh kali sebatan itu, adalah mereka yang bercakap menuduh Siti Aisyah secara terbuka di khalayak. Ramai orang yang menjadi saksi mendengar kata-kata tuduhan yang mereka lemparkan kepada Siti Aisyah. Sebab itu mereka tidak upaya mengelak hukuman dari Nabi s.a.w. Secara zahirnya Abdullah kelihatan bijak memainkan peranan untuk menyebarkan khabar al-Ifqi itu, sememangnya di dunia ini dia terlepas dari tindakan hukuman. Namun di akhirat kelak dia tidak dapat mengelakkan diri dari menerima hukuman azab dari Allah SWT atas segala tuduhan kejinya terhadap Siti Aisyah r. a. ( teks tazkirahnya saya copy untuk mengekalkan ketulenannya )

Justeru dalam kita ghairah membina reputasi dan memperbaiki persepsi kita di kalangan makhluk maka jangan kita lupa pandangan dan penilaian ( PERSEPSI ) ALLAH kerana apalah gunanya jika kita mulia pada pandangan manusia namun hina di sisi ALLAH. Begitupun jika kita MALAS bekerja untuk Islam, tidak peduli urusan tentang Islam bahkan memberikan gambaran yang negatif tentang Islam maka pastinya kita beroleh pandangan negatif umum sebagai penganutnya dan hina pula pada pandangan Allah Taala. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment